Follow Dashboard
TITLE; Hodoh
Thursday, April 9, 2015 | 10:26 PM | 0 comments
Aku ingat lagi, aku sekelas dgn sorang budak ni. Aku kenalkan dia sebagai Z, dia ni memang nakal gila. Sebab apa aku ckp dia nakal? Dia jenis selalu kacau aku, ejek aku. Yelah, dulu gigi aku tak lawa. So, dia ejek lah. Aku tak ingat dia ejek aku apa, tapi dia selalu tarik rambut aku. Beg aku pun kena. Geramnya aku 😡😡😡 

Tapi, aku dgn si mamat Z ni bersilih gantilah dpt no 1, 2 atau 3 dalam kelas. Tapi utk final exam masa darjah 4, aku dapat no 1 utk kelas 4 Ikhlas. Wah, tak sangka aku ingat benda mcm ni 😂😂

Masa penyampaian sijil/hadiah kecemerlangan, both parents iaitu parents aku dgn parents dia dtg. Biasalah, anak diorg dpt sijil. Aku tak sure dia dpt no 2 atau 3. I still remembered, parents dia ada ambik gambar kteorg bersama sijil masing-masing and piala kecil comel. 

Bila diingatkan balik, gila. Dahlah gaduh, tak pernah baik tapi boleh ambik gambar sesama. Kahkahkahkah 😂😂 

Darjah 4 tu jugaklah dia last sekolah kat situ, pindah tempat lain. 

Secara jujurnya, aku nak jumpa dia balik. Actually nak gambar tu 😆😆


Old things | New things